AHLI KUMPULAN :-
- LEE CHIAU XIN (02DTM15F2065)
- YAP AI HUI (02DTM15F2033)
- KISHO KUMAR A/L SUBBIAH (02DTM15F2042)
NAMA PENSYARAH :- ENCIK MOHD NOOR ZAIDI B MOHD ZAWAWI
SUBJEK :- DUB2012 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK : SEBAB - SEBAB DAN KESAN - KESAN
MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Pengenalan
Menjaga kesihatan dan kebersihan amat penting dalam kehidupan kita. Kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar. Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin.Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Kita juga tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan.Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan dan kebersihan agar berada dalam keadaan yang baik. Sebab-sebab dan kesan-kesan menjaga kesihatan dan kebersihan:
Kebersihan
Jika kita tidak menjaga kebersihan , keracunan makanan akan berlaku dengan kerap dan sekeliligi berbau. Selain itu, Nyamuk aedes juga akan membiak dengan pantas and juga boleh mengundang haiwan-haiwan liar seperti ular boleh menyorok dalam semak-samun. Kesan yang akan kita menghadapi ialah sakit gigi and gigi rosak, mudah demam, dan kita akan dipinggir oleh rakan-rakan and mudah dijangkiti penyakit kulit seperti ruam, jerawat , gatal dan lain-lain.
Jika kita meninjau masalah ini secara mendalam, mendapati keracunan makanan ekoran daripada makanan dihinggap lalat dan dibiar buka dan terbuka kepada microorganism yang merbahaya. Pembiakan nyamuk aedes pula disebabkan tempat air bertakung dan tidak tertutup. pencemaran air berlaku dan membahayakan kesihatan. Semak-samun yang tidak dikemaskan boleh mengundang kedatangan haiwan liar. Akhir sekali, Asid-asid makanan dibiar dalam sekeliling gusi dan merosakkan gigi dan akhirnya kita akan dipinggir oleh kerana imej yang negatif dipamerkan.
Kesihatan
Kesan yang tidak menjaga
kesihatan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya, seperti
darah tinggi, sakit jantung, demam, kencing manis, dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, badan akan menjadi lemah ataupun tumbesaran terbantut pada kanak kanak
yang sedang membesar dan akan berlaku penambahan berat badan dan pengurangkan
berat badan secara tidak sihat.
Hal ini
demikian kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang
tidak mengikuti piramid makanan yang dinasihatkan. Tidak bersenam juga
merupakan salah satu faktor yang ekoran daripada tidak menjaga kesihatan. Pengambilan
makanan yang tidak seimbang dan sikap pilih makanan turut menyebabkan kesihatan
kita tergamggu dan tidak melakukan pemeriksaan kesihatan badan yang dinasihati
2 kali setahun juga merupakan satu sebab yang boleh menyebabkan tahap kesihatan
kita menurun.
Langkah-langkah menjaga kesihatan.
Terdapat beberapa langkah untuk menjaga kesihatan. Antaranya termasuklah mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.Kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan.Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan juga salah satu cara menjaga kesihatan. Apabila kita bersenam atau bersukan,kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh serta dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Langkah seterusnya,rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Di samping itu,kita boleh menghadiri pemeriksaan kesihatan percuma di tempat yang telah disediakan. Tambahan pula, ia tidak melibatkan kos yang tinggi jika kita mahu mengenalpasti penyakit yang kita hadapi. Datanglah, bersama keluarga untuk menjalani pemeriksaan bagi mencegah penyakit sebelum menjadi leih teruk. Bak kata pepatah, "lebih baik mencegah daripada merawat". Pemeriksaan kesihatan ini perlu dijalani sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memastikan diri kita dan keluarga benar-benar sihat
Langkah-langkah menjaga kebersihan
Kebersihan adalah satu elemen yang penting dan perlu dijaga oleh masyarakat. Kita memang mengetahui amalan nilai kebersihan masih belum jadi budaya masyarakat Malaysia. Amalan nilai kebersihan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Sebagai insan yang mulia, kita perlu menjaga kebersihan diri, persekitaran serta dalam kehidupan seharian. Kebersihan diri meliputi kebersihan seluruh anggota tubuh, termasuk gigi, rambut, serta pakaian yang dikenakan. Untuk menjaga kebersihan diri dapat dilakukan dengan mandi dua kali sehari, menggosok gigi ketika hendak tidur dan pagi hari setelah bangun tidur dan memelihara kebersihan rambut, kuku, hidung, telinga, dan pakaian yang dikenakan.Selain itu , kita juga hendaklah menjaga alam sekitar. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain. Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. Tambahan pula,kita hendakalah menjaga kebersihan rumah kita. Rumah adalah tempat tinggal kita. Rumah yang bersih membuat kita nyaman dan sihat. Kebersihan rumah perlu dijaga untuk menciptakan lingkungan sihat. Rumah sihat bukan bererti rumah mewah dan besar. Rumah yang sederhana dan kecil pun dapat dikatakan sihat. Asalkan rumah tersebut terawat dan terjaga kesihatannya. Rumah sihat memiliki syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi. Antara syarat termasuklah, terdapat ventilasi rumah yang cukup untuk keluar masuk udara, memiliki sumber air yang bersih., memiliki kamar mandi dan toilet yang bersih.,terdapat bak sampah untuk membuang sampah, terdapat aliran ke selokan untuk membuang air kotor, sinar matahari cukup, dan terdapat tanaman hijau. Rumah yang sihat selalu dijaga kebersihannya. Membersihkan rumah merupakan kewajiban seluruh anggota keluarga. Alat-alat yang biasa digunakan untuk membersihkan rumah adalah sapu, kemoceng, sikat, dan kain lap. Membersihkan rumah akan lebih baik jika dilakukan rutin.
LAMPIRAN MENJAGA KESIHATAN DAN KEBERSIAHN